DBKL serbu empat lokasi, roboh struktur tambahan atas jalan awam

4 Aug 2024 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

image is not available
Kesemua sisa struktur yang telah dirobohkan dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di atas rezab jalan awam dalam Operasi Bersepadu di sekitar Jalan Sultan, Lorong Sultan, Jalan Tan Cheng Lock dan Jalan Hang Lekir dekat sini pada Sabtu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Cheras.

Turut terlibat, beberapa agensi sahabat lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

**media[2752315]**

"Kesemua sisa struktur (yang telah dirobohkan) telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan," ujar pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya.

Tambah DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke masa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do