DBKL serbu pusat beli-belah terkenal, tutup enam premis

LocalBusiness & Finance
24 Nov 2024 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tindakan penguatkuasaan terhadap premis diusahakan warga asing di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara.

image is not available
Antara premis yang diambil tindakan oleh DBKL.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup enam premis perniagaan di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota selepas melanggar syarat lesen.

DBKL memaklumkan, tindakan penguatkuasaan dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Menurutnya, premis yang diambil tindakan turut dikesan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah serta dikendalikan oleh warga asing.

"Selain itu, sebanyak lapan notis tawaran kompaun kesalahan telah dikeluarkan terhadap premis perniagaan tersebut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

Ujarnya, sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/.