DBKL sertai aktiviti kesan lubang benam guna GPR di Seoul

LocalTechnology
12 Oct 2024 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL mengikuti pasukan Seoul City Sinkhole Exploration bagi melihat kaedah yang digunakan untuk meneliti keadaan bawah tanah.

image is not available
Ujian GPR itu dijalankan selama lapan jam di luar waktu puncak.

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpeluang mengikuti pasukan Seoul City Sinkhole Exploration bagi melihat kaedah yang digunakan untuk meneliti keadaan bawah tanah.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, dalam sesi tersebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif telah diperkenalkan kepada teknologi Ground Penetrating Radar (GPR) yang dipasang pada kenderaan khas.

“Ia membolehkan pengesanan ruang bawah tanah dengan berkesan.

“Teknologi ini menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengesan struktur dan kaviti sedalam dua meter di bawah permukaan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

**media[2843997]**

Menurut DBKL, ujian GPR itu dijalankan selama lapan jam di luar waktu puncak, sementara data yang dikumpulkan mengambil masa sehari untuk dianalisis.

Tambah kenyataan itu, hasil daripada data-data tersebut akan digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan bawah tanah dan mencegah sebarang insiden yang tidak diingini.

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai G Vijaya Lakhsmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, namun selepas sembilan memasuki hari kesembilan ia terpaksa dihentikan atas beberapa faktor antaranya keselamatan pasukan menyelamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved