DBKL sita barang warga asing di Pasar Borong KL

12 Jun 2024 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL menyita barangan milik tujuh warga asing di Pasar Borong KL.

image is not available
Semua barangan yang disita dan dipindah halangan dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong di Taman Miharja Cheras

image is not available
DBKL menyita barangan milik tujuh warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan milik tujuh warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

Tindakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 diambil susulan operasi menggempur warga asing di sekitar pasar borong tersebut pada Isnin.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu memindahkan halangan di tempat awam yang dibina peniaga mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara.

Ujarnya, sejumlah enam notis kompaun di bawah UUK Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dikeluarkan, berserta satu notis penguatkuasaan di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982.

"Semua barangan yang disita dan dipindah halangan dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong di Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain selepas ini," tambah kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!