DBKL Tegur Pengguna Jalan Raya Tak Peka Dengan Papan Tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan Dan Pejalan Kaki’

LocalCars
2 Dec 2025 • 4:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Semasa mengambil lesen memandu lagi kita sudah diajar mengenai jenis-jenis papan tanda yang ada di jalan raya kerana setiap simbol dan warna membawa maksud penting.

Papan-papan tandai ini berfungsi sebagai panduan keselamatan, sama ada memberi amaran, menunjukkan arah atau menetapkan had laju.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir pemandu yang tidak peka atau cakna mengenai papan tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan Dan Pejalan Kaki’ yang kebiasaanya diletakkan berdekatan kawasan persimpangan lampu isyarat.

DBKL tegur pengguna jalan raya tak peka papan tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan..’

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook telah tampil menegur para pengguna jalan raya.

Menurut DBKL, hasil semakan pihaknya mendapat ramai pemandu atau penunggang motosikal yang masih belum cakna mahupun peka dengan papan tanda terbabit.

Dalam hantaran sama, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan papan tanda berkenaan dipasang di sebuah kawasan persimpangan lampu isyarat berdekatan ‘zebra crossing’ di ibu kota itu.

Pemandu dibenarkan belok kiri ketika lampu isyarat merah, jika laluan selamat

Jelas DBKL, papan tanda terbabit membenarkan pemandu membelok ke kiri ketika lampu isyarat merah, tetapi ia mesti dilakukan ketika laluan berkenaan benar-benar selamat.

“Pastikan tiada kenderaan dari arah lain, tiada pejalan kaki yang melintas dan sentiasa utamakan keselamatan sebelum bergerak.

“Jika ada kenderaan yang sedang melalui persimpangan atau pejalan kaki yang ingin melintas, anda wajib berhenti.

“Ingat, kebenaran ini bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab serta kita mesti patuhi papan tanda dan elakkan kemalangan demi kelancaran trafik di Kuala Lumpur,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Hak Ketika Di Jalan Raya Yang Orang Ramai Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Ramai Yang Abaikan ‘Zebra Crossing’, Ini Fakta Yang Patut Korang Tahu! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaiklah, Ini Baru Betul” – Ramai Puji Tindakan DBKL Robohkan Billboard Haram [Video]

View Original Article