DBKU Kuatkuasa Peraturan Baru, Tiada Lagi Gerai Di Sepanjang Tebingan Kuching

1 Jul 2024 • 5:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gerai-gerai yang masih beroperasi telah pun dirobohkan

DBKU Kuatkuasa Peraturan Baru, Tiada Lagi Gerai Di Sepanjang Tebingan Kuching. Mulai hari ini, semua peniaga dilarang membuka gerai di sekitar Tebingan Sungai Kuching. Penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada Ops Sita, iaitu inisiatif yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi memastikan pematuhan kepada peraturan baharu yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, peniaga telah diberi notis bahawa tarikh 30 Jun adalah hari terakhir untuk membuka gerai di kawasan tersebut. Namun begitu, masih terdapat peniaga yang berdegil dan terus beroperasi walaupun sudah diberi amaran awal.

image is not available
DBKU Kuatkuasa Peraturan Baru, Tiada Lagi Gerai Di Sepanjang Tebingan Kuching. Sumber: Dayak Daily

Sehubungan itu, pihak DBKU hari ini mengambil tindakan tegas dengan merobohkan gerai-gerai yang masih beroperasi, mengeluarkan papan tanda, dan membersihkan kawasan tersebut. Ops Sita yang diadakan selama sejam ini bermula pada jam 9 pagi tadi.

Salah satu gerai burger yang terkenal, yang terletak di hadapan sebuah hotel, turut dirobohkan dalam operasi ini.

image is not available

Tindakan ini diambil sebagai peringatan kepada semua peniaga supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pihak DBKU berharap agar semua peniaga di Kuching akan lebih patuh kepada peraturan yang ditetapkan demi menjaga kebersihan dan keindahan Tebingan Sungai Kuching serta memastikan keselamatan orang awam.

Baca lagi artikel menarik: