Dbrand Dakwa Memiliki Saiz Sebenar Nintendo Switch 2 – Aksesori Akan Dilancarkan Menjelang Mac Atau April

TechnologyDigital
16 Dec 2024 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah 7 tahun Nintendo Switch dilancarkan, kini sudah ada 4 konsol permainan mudah alih berbeza iaitu Switch, Switch olahan semula dengan rekaan cip baharu, Switch Lite dan Switch OLED. Ramai kini menantikan kehadiran Switch 2 yang relah disahkan wujud dan mungkin dilancarkan pada tahun 2025.

image is not available

Menariknya, Dbrand iaitu pengeluar pelekat vinil dan aksesori gajet popular mendakwa mereka telah menerima saiz ukuran Nintendo Switch 2 yang sebenar. Dbrand mengaku yang mereka tidak tahu bila konsol ini dilancarkan, tetapi akan menawarkan Kilswicth Switch 2 iaitu kerangka pelindung konsol baharu ini pada bulan Mac atau April 2025.

image is not available

Bukan itu sahaja, Dbrand turut yakin akan saiz yang telah mereka terima dan mendedahkan beberapa butiran mengenainya. Perkara pertama yang jelas kelihatan adalah butang fizikal baharu di bawah butang Home pada Joy-Con. Butang ini mempunyai label “C, tetapi fungsi masih misteri. Jika dibandingkan bersama Nintendo 64, butang C adalah untuk mengawal kamera. Saiz Switch 2 juga dikatakan adalah lebih besar iaitu 270mm x 116 mm x 14mm, dengan skrin sekitar 8-inci.

image is not available

Dbrand turut mendakwa yang sistem Joy-Con baharu menggunakan sambungan magnet dengan satu butang boleh melepaskannya. Bersama-sama dengan kerangka pelindung Killswitch Switch 2, Joy-Con turut boleh ditanggalkan serentak.

image is not available

Ukuran dan jangkaan rekaan Switch 2 oleh Dbrand ini dikatakan diimbas dengan teknologi 3D dari konsol sebenar. Namun, Dbrand enggan mendedahkan siapakah sumber mereka untuk mendapatkan ukuran konsol permainan mudah alih yang masih belum dilancarkan ini. Kill Switch adalah kerangka pelindung tahan lasak Dbrand yang dijual pada harga sekitar RM300 untuk ASUS ROG Ally X.