DC Healthcare buka 2 klinik perubatan estetik di Johor Bahru dan Ipoh

21 Feb 2024 • 2:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

DC Healthcare buka 2 klinik perubatan estetik di Johor Bahru dan Ipoh

azan

21/02/2024 - 14:37

KUALA LUMPUR 21 Feb - Penyedia perkhidmatan perubatan estetik, DC Healthcare Holdings Bhd mengumumkan pembukaan dua cawangan klinik baharu di Tam Molek, Johor Bahru dan Bandar Seri Botani, Ipoh.

Pembukaan cawangan baharu itu menggariskan komitmen berterusan kumpulan itu bagi meluaskan jangkauan dan menjadikan rawatan estetik lebih mudah diakses di seluruh Malaysia.

Klinik yang dilengkapi teknologi estetik termaju dan dikendalikan oleh pasukan profesional berpengalaman, cawangan baharu itu mencerminkan dedikasi DC Healthcare terhadap industri perubatan estetik.

Pengarah Urusannya, Dr. Chong Tze Sheng berkata, dua cawangan baharu itu merupakan antara perkara penting dalam perjalanan kumpulan.

"Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan perkhidmatan kami tetapi juga membawa kami lebih dekat dengan pelanggan kami, menawarkan mereka akses yang kepada rumusan estetik peringkat atasan.

image is not available

"Kami teruja dengan prospek kami dan kekal komited untuk menerajui bidang perubatan estetik di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika DC Healthcare terus meneroka perkembangan dalam bidang perubatan estetik, inisiatif strategiknya dengan pengembangan cawangan, meletakkan pada dalam kedudukan yang baik bagi menerajui industri itu. - DagangNews.com