Mingguan Amanz – Apple iPhone 11 Malaysia, Xiaomi Mi Mix Alpha, OnePlus 7T

TechnologyDigital
29 Sep 2019 • 8:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan Apple mulakan penjualan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max untuk pasaran tempatan. Ia boleh didapati melalui pengedar rasmi Apple tempatan, dan juga melalui syarikat telekomunikasi.

Selain Apple, Xiaomi pada minggu ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Mi 9 Pro 5G dan juga Mi Mix Alpha – sekaligus membawa penawaran telefon pintar setapak lagi kehadapan. Untuk pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia telah mula mengacah kehadiran Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64-megapixel tidak lama lagi.

OnePlus pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka OnePlus 7T yang hadir dengan rekaan serba baru bersama modul kamera bulat dibelakang. Bersama-sama dengannya juga, OnePlus telah memperkenalkan OnePlus TV berasaskan Android TV.

Dan akhir sekali, SKMM kini telah mengumumkan Malaysia akan beralih ke siaran digital sepenuhnya pada 31 Oktober kelak.