De Gea mahu kekal bersama United

Football
16 Oct 2022 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
De Gea

PENJAGA Gol Manchester United, David De Gea menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama di Old Trafford selepas mengakui berasa sangat gembira bersama kelab tersebut ketika ini.

Menurut De Gea, sekiranya dirinya masih kekal bersama United dia percaya mampu untuk beraksi di tahap yang terbaik selain mahu membantu bakat-bakat muda yang ada di kelab tersebut.

“Ini adalah kelab yang saya mahu bermain dan saya berasa gembira dan tenang berada di sini. Saya rasa seolah mahu bermain dalam beberapa tahun lagi bersama United dan saya yakin dengan keputusan itu.

“Saya juga mahu mencita lebih banyak sejarah, rekod serta menyumbang trofi buat kelab ini. Dalam masa yang sama pengalaman yang ada ketika ini, saya akan turunkan kepada bakat-bakat muda United,” katanya.

Untuk rekod, kontrak De Gea bersama United akan tamat pada penghujung musim ini dengan tiada sebarang rundingan dilakukan ketika ini antara kelab dan pemain itu.