Death Whisperer, Jeritan Yang Akan Menghantui Anda Di Mana Saja

Movie
28 Dec 2023 • 9:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Diinspirasikan daripada urban legend sebenar, filem Death Whisperer akan datang ke pawagam di seluruh Malaysia bermula 4 Januari 2024.

image is not available

Lebih menarik, filem ini merupakan satu-satunya filem Thailand pertama yang ditayangkan dalam IMAX laser menggabungkan imej sejernih kristal bersama sistem bunyi termaju.

Selain itu, filem ini merupakan filem box office terbesar Thailand bagi tahun ini yang berjaya menarik hati penonton negara tersebut dengan kira-kira THB475 juta kejayaan.

Death Whisperer diarahkan oleh Khui Taweewat Wantha bersama Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, pasukan terkenal dengan filem seram “Long Weekend” yang pernah menjadi sensasi di internet.

image is not available

“Selepas ‘Long Weekend’, saya terfikir untuk membuat filem yang saya benar-benar mahukan. Oleh kerana kerjaya saya lebih kepada TV, jadi saya berfikir kalau mahu keluarkan filem, ia mesti sesuatu yang saya mahukan.

“Kemudian saya terjumpa novel ‘Tee Yod’. Sebaik sahaja habis membaca novel itu, saya berasa teruja dan mahu dijadikan sebagai filem. Saya seperti diberikan inspirasi sekali gus perlu membuat filem ini.

“Ia telah mengambil masa selama enam tahun untuk ‘Tee Yod’ atau Death Whisperer untuk dihasilkan,” kata Khui.

image is not available

Death Whisperer mengisahkan sebuah keluarga diganggu oleh roh syaitan yang merasuki anak perempuan mereka yang dianggap istimewa.

Roh syaitan yang menyebabkan kematian misteri itu membuatkan keluarga ini terpaksa mengambil langkah drastik bagi melindungi adik mereka.

image is not available

Filem seram ini dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat, Nina Nutthatcha Padovan bersama Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam.

View Original Article