Debat secara beradab satu keperluan buat anak muda - Fahmi

LocalPolitics
27 Sep 2023 • 11:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ini penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

"Selain itu, ia penting untuk kesinambungan budaya demokrasi berparlimen dalam negara, jadi saya harap acara seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk meneruskan budaya (demokrasi),” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah bagi Kejohanan Debat Parlimen British Asia (ABP) 2023 di sini malam Rabu.

Beliau berkata, di Malaysia, sudah wujud beberapa platfrom untuk anak muda melontarkan idea dengan hujah bernas berkaitan pembangunan negara antaranya Parlimen Belia Malaysia dan Pidato Perpaduan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved