Deck.Blue Menawarkan Pengalaman Seumpama TweetDeck Untuk Pengguna Bluesky

TechnologyDigital
27 Jan 2024 • 7:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu ciri yang diminati ramai pada platform Twitter suatu ketika dahulu adalah TweetDeck, dimana pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah mengikut tetapan lajur-lajur berbeza pada satu paparan. Namun, selepas diambil-alih dan diubah menjadi X, TweetDeck hanya ditawarkan kepada pelanggan berbayar sahaja, dan menyertakan sedikit perubahan padanya.

Kini, seorang pembangun turut ingin membawakan kembali ciri seumpama TweetDeck kepada pengguna platform sosial Bluesky. Dinamakan sebagai Deck.Blue, akses untuknya ditawarkan secara percuma buat masa ini.

image is not available

Menggunakan Deck.Blue, anda boleh menyusun sejumlah perkara pada lajur paparan, termasuk latar masa utama, senarai yang anda ikuti, Likes, notifikasi, dan sebagainya.

Bagi anda yang aktif menggunakan BlueSky, boleh mencuba Deck.Blue ini, yang memberikan kelebihan kepada anda dalam menguruskan akaun BlueSky dengan mudah. Buat masa ini, akses kepada Bluesky sendiri ditawarkan secara terhad melalui jemputan. Mungkin sekiranya ia dibuka kepada umum, tidak mustahil Deck.Blue turut menerima perhatian dan permintaan yang tinggi.

View Original Article