Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen

14 Feb 2023 • 12:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Live’ di tiktok dalam bahasa Melayu Sarawak

Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen. Fatin Afeefa ialah pelakon wanita yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau memiliki bakat lakonan yang luar biasa dan telah membintangi beberapa filem dan drama.

Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak usia muda dan dengan cepat menjadi salah satu nama besar dalam industri hiburan negara ini.

image is not available
Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen. Kredit: Aiteam

Selain itu, Fatin Afeefa juga sangat aktif di media sosial dan sering berinteraksi dengan pengikutnya.

Netizen Sarawak kagum dengan Fatin Afeefa

Baru-baru ini, Fatin Afeefa mengejutkan netizen apabila beliau memperlihatkan kemampuan berbahasa Sarawak dalam satu sesi Tiktok live.

Video itu telah dikongsi oleh individu bernama Aiteam di Tiktok.

image is not available

Beliau juga mengatakan bahawa beliau mempelajari bahasa Sarawak sejak kecil lagi.

Netizen sangat terhibur dengan video Fatin Afeefa dan memberikan pujian terhadap kemampuan berbahasa beliau.

Ini pula reaksi netizen

Berdasarkan video tersebut, rata-rata netizen Sarawak kagum dengan kepetahan beliau ‘berloya’ ataupun bercakap dalam loghat Sarawak.

image is not available

Tambah netizen, walaupun beliau dilahirkan di Semenanjung namun celotehnya bertutur dalam loghat Sarawak itu mengagumkan netizen. Beliau dilihat begitu lancar dan tidak kekok bertutur dalam bahasa tersebut.

image is not available

Menariknya, beliau siap berpesan kepada orang Sarawak untuk bertutur dengannya menggunakan loghat Sarawak. Beliau mengganggap itu merupakan satu kelebihan buat beliau kerana mampu memahami dan berkomunikasi dengan loghat Sarawak dengan fasih sekali.

image is not available

Bukan itu sahaja, netizen juga dilihat tertarik dengan gaya percakapan beliau. Tambah netizen, orang Sarawak dikatakan pelat menyebut huruf ‘r’. Dalam video tersebut, Fatin Afeefa dikatakan bertutur dengan pelat ‘r’ yang dlihat comel dan bersahaja.

Baca lagi artikel terkini di sini: