Dedah Tubuh Badan Menawan, Penampilan Serba Biru Jennie BP Di Met Gala Curi Perhatian

Women's Fashion
7 May 2024 • 9:56 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selain merupakan seorang idola berbakat, Jennie juga dikenali ramai dengan pemilihan fesyennya yang menarik.

Terbaru pada 7 Mei, Jennie BLACKPINK telah menghadiri acara Met Gala 2024, yang diadakan di bawah tema “Sleeping Beauties: Reawakening Fashion” dengan kod pakaian “The Garden of Time”.

Walaupun kebanyakan tetamu yang hadir memilih untuk mengenakan pakaian dengan corak bunga, Jennie menarik perhatian dengan penampilannya yang serba biru.

image is not available

Menerusi foto yang dikongsi, wanita itu tampil dengan dress biru yang tidak bercorak, digayakan pula dengan kasut tumit tinggi dengan warna yang sama serta subang dan tali pinggang mutiara.

Untuk acara tahun ini, Jennie nampaknya lebih mendedahkan susuk tubuhnya yang menawan tambahan pula dengan pinggang kerengganya yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

Cantiknya Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article