Deepak Patil Menggantikan Raja Koduri Untuk Mengetuai Kumpulan Grafik AXG Di Intel

TechnologyDigital
27 Apr 2023 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Raja Koduri telah meninggalkan kedudukannya di Intel sebagai ketua arkitek bahagian grafik syarikat tersebut, dan terkini, Intel nampaknya telah menemui individu paling sesuai untuk menggantikannya.

image is not available

Nama beliau ialah Deepak Patil, dan dia akan mengambil jawatan CVP (Corporate Vice President) di bahagian Intel AXG (Accelerated Computing Systems and Graphics) menggantikan Raja Koduri yang memegang jawatan tersebut sejak 2017.

Raja Koduri telah membangunkan bahagian grafik Intel dari mula dengan mengepalai projek-projek seperti Ponte Vecchio dan juga siri kad grafik Intel Arc, yang mana beliau telah mengepalai pembangunan cip grafik Arc Alchemist, Arc Battlemage dan Arc Celestial.

image is not available

Deepak Patil sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Teknologi dan Strategi di bahagian Data Centre and Artificial Intelligence (DCAI) Intel. Beliau juga sebelum ini ialah salah seorang pengasas teknologi Azure di Microsoft, dan mengepalai bahagian APEX-as-a-Service di Dell.

Ia diharap bahawa dibawah pengendalian Deepak Patil, strategi Intel untuk memasarkan siri kad grafik Intel Arc mereka tidak begitu rumit dan bertepatan dengan kehendak pengguna yang mahukan lebih banyak saingan di pasaran.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved