Penganut Hindu mengunjungi Kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam, pagi tadi, untuk melakukan upacara sembahyang. - Gambar oleh Sairien Nafis
Hari ini penganut Hindu merayakan Deepavali atau pesta cahaya. Selepas dua tahun perayaan itu disambut dengan suasana pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung COVID-19, kali ini Deepavali lebih bermakna kepada penganut Hindu.
Mereka dapat mengunjungi kuil untuk upacara sembahyang secara beramai-ramai.
Jurufoto Getaran, Sairien Nafis mengadakan tinjauan di Kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam, pagi tadi.
Penganut Hindu mengunjungi kuil untuk melakukan upacara sembahyang dengan pakaian berwarna-warni.
Deepavali hari ini diraikan dengan meriah dan penuh kegembiraan selepas dua tahun ia tidak diraikan susulan COVID-19.
Seorang gadis (depan) bersama keluarga mengunjungi kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam untuk upacara keagamaan.
Suasana di kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam, pagi tadi.
Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya dan atas sebab itu perayaan berkenaan sinonim dengan pelita.
Selepas dua tahun perayaan Deepavali disambut dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID, hari ini penganut Hindu agama Hindu kini dapat mengunjungi kuil dan melakukan upacara sembahyang beramai-ramai.
Dua wanita ini kelihatan cantik berseri sambil memakai sari ketika bersembahyang di Kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam, pagi tadi.