Deepavali: Perkhidmatan Feri Ditawarkan Secara Percuma

16 Oct 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.

Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata tambang percuma itu membabitkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

"Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma," katanya dalam kenyataan hari ini.