Deepavali: Tol Percuma Di Semua Lebuhraya Bermula 29 Hingga 30 Okt

LocalPolitics
28 Oct 2024 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma bermula 29 dan 30 Oktober ini sempena sambutan Hari Deepavali.

Pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pukul 12.01 tengah malam, esok dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 30 Oktober ini (Rabu).

Untuk itu, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta itu akan ditanggung oleh Kerajaan Madani.

Bayaran pampasan akan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol.

image is not available

“Bagaimanapun, pemberian tol percuma ini tidak termasuk di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk jadual Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebelum memulakan perjalanan.