Deepika Padukone, Ranveer Singh teruja sambut bayi sulung

WorldEntertainment
13 Aug 2024 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Deepika dan Ranveer

image is not available
Kotak hadiah yang didakwa akan diberikan kepada keluarga dan rakan rapat pasangan ini.

PASANGAN popular Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan semakin teruja bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka dan segala persiapan sedang giat dijalankan.

Bukan hanya sekadar barangan kelengkapan bayi, pasangan itu dilaporkan sudah menempah kotak hadiah buat keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat kelak.

Tidak cukup dengan itu, Deepika dan Ranveer turut mendekati anak-anak lain yang memerlukan, sebagai salah satu cara berkongsi kegembiraan.

”Pasangan itu mahu berkongsi kegembiraan dengan semua orang dan segala persiapan menyambut bayi yang dijangka lahir pada September ini juga sudah selesai,” ujar sumber terdekat pasangan itu seperti dilaporkan Hindustan Times.

Dalam masa sama, di media sosial tersebar gambar kotak berwarna coklat dengan perhiasan biru, yang dipercayai ditempah pasangan itu.