Google DeepMind melancarkan model kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka TranslateGemma yang dibangunkan untuk memudahkan proses alih bahasa. Ia menyokong sebanyak 55 bahasa-bahasa utama dunia termasuk Bahasa Melayu.

Tiga model ditawarkan iaitu TranslateGemma 4B, TranslateGemma 12B dan TranslateGemma 27B. TranslateGemma 4B boleh digunakan pada telefon pintar, TranslateGemma 12B pada komputer riba sementara TranslateGemma 27B pula pada satu GPU NVIDIA H100 GPU atau satu Google TPU di awanan.
Ia dibangunkan berasaskan model Gemma 3 dan oleh itu mempunyai keupayaan multimodal bagi melakukan penterjemahan dalam bentuk teks dan juga gambar. Pembangun boleh menggunakan TranslateGemma hari ni menerusi Kaggle, Hugging Face dan Vertex AI.


