“Defendan Sendiri Terima Surat Saman Tersebut” – Peguam Khalizah Nafi Fikry Ibrahim Tidak Tahu Isteri Failkan Penceraian

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon dan pengacara iaitu Fikry Ibrahim memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui isterinya iaitu Siti Khalizah Alihan memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Susulan itu, peguam syarie yang mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq memberitahu bahawa pihaknya sudah menyerahkan surat saman penceraian atau surat tuntutan cerai kepada defendan iaitu Fikry.

image is not available

 

Memetik laporan OhBulan!, Muhammad Afiq memaklumkan bahawa Fikry telah menerima surat tersebut yang telah dikemukakan oleh anak guamnya.

Surat saman, pihak kami telah serahkan pada pihak defendan. Pihak defendan sendiri yang terima surat saman tersebut.

Perkara itu sekali gus telah menyangkal dakwaan yang dikeluarkan oleh pelakon itu apabila mendakwa dirinya tidak tahu mengenai tindakan isterinya yang telah memfailkan penceraian terhadapnya.

image is not available

Pada Khamis, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes penceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baru iaitu pada 10 September kerana Fikry tidak hadir.

Difahamkan, Khalizah telah memfailkan cerai terhadap suaminya pada Mei lalu iaitu empat bulan selepas mereka sah bergelar suami isteri dengan alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga.

image is not available 22 hours ago

Tiada Persefahaman Punca Khalizah Failkan Cerai, Akui Masih Ada Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved