Defisit fiskal berkurang, ekonomi negara tunjuk tanda pemulihan – Pakar

LocalBusiness & Finance
27 May 2025 • 10:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengurangan defisit fiskal negara dan peningkatan hasil pada suku pertama 2025 disambut baik sebagai pencapaian penting oleh kerajaan MADANI.

Defisit fiskal berkurang

Menurut Pakar Kewangan dan Keusahawanan, Prof Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun pencapaian ini harus dilihat secara menyeluruh dan tidak mengabaikan cabaran sebenar rakyat.

image is not available

Foto: Prof Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad

“Kejayaan mengurangkan defisit fiskal harus dicapai tanpa mengorbankan kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemu bual Oh My Media.

Menurut Dr Nik Maheran, kerajaan perlu menyalurkan perbelanjaan kepada sektor berimpak tinggi seperti pendidikan, kesihatan, teknologi, dan keselamatan sosial agar pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh.

Defisit fiskal berkurang, beberapa perkara perlu dilihat

Beliau turut mengulas bahawa peningkatan hasil cukai seperti Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan cukai individu mungkin menunjukkan pemulihan ekonomi, namun situasi sebenar isi rumah tidak harus diabaikan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Peningkatan hasil tidak semestinya mencerminkan kewangan isi rumah yang stabil, terutamanya bagi golongan B40 dan M40 yang masih berdepan tekanan kos hidup,” ujarnya.

Sementara itu dalam konteks ketidaktentuan global, Malaysia perlu terus membina daya tahan ekonomi dengan pendekatan jangka panjang.

image is not available

Foto: The Malaysian Reserve

“Daya tahan Malaysia terletak pada keupayaannya untuk mempelbagaikan ekonomi dan memacu pelaburan dalam bidang hijau, digital dan inovasi,” kongsi beliau sambil menekankan pentingnya pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) dan jaringan keselamatan sosial yang kukuh.

Malah pada masa sama, beliau turut menyambut baik langkah kerajaan menerbitkan data ekonomi secara suku tahunan sebagai usaha meningkatkan ketelusan.

image is not available

Foto: Utusan

“Namun lebih penting ialah mesej konsisten dan hala tuju jelas dimana rakyat dan pelabur mahu melihat kesinambungan dasar, bukan sekadar angka.” katanya lagi.

Kenyataan ini memberi peringatan bahawa kestabilan ekonomi negara memerlukan keseimbangan antara disiplin fiskal dan tanggungjawab sosial yang berterusan.