Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

5 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan dua struktur binaan tanpa kelulusan yang digunakan sebagai kedai runcit dan kedai gunting rambut di Lorong Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

DBKL menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas pemilik premis gagal mematuhi dua notis pengosongan tapak yang dikeluarkan sebelum ini berkaitan pembinaan struktur sambungan kekal tanpa kebenaran di atas rezab jalan dan lorong tepi bangunan.

Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

Menurut DBKL, kedua-dua notis berkenaan dikeluarkan pada 29 Julai dan 31 Julai lalu mengikut peruntukan Seksyen 69, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi Bersepadu Meruntuhkan Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Atas Rezab Jalan Awam di Lorong Segambut Dalam dilaksanakan pada 3 Ogos 2026 selepas pemilik struktur aktiviti perniagaan gagal mematuhi notis penguatkuasaan yang telah dikeluarkan.
“Premis yang terlibat ialah sebuah kedai runcit dan sebuah kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh warga negara asing, selain didapati membina struktur sambungan kekal tanpa kebenaran di atas rezab jalan dan lorong tepi bangunan,” katanya.

DBKL berkata, kerja-kerja merobohkan struktur serta membersihkan kawasan terbabit berjalan lancar selepas semua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan keluar oleh pemilik premis.

Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

Katanya, proses itu turut membabitkan pemotongan bekalan air dan elektrik mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh DBKL bersama Air Selangor dan TNB.

“Kerja-kerja merobohkan dua struktur dan pembersihan kawasan berjalan lancar selepas barangan serta peralatan perniagaan dipindahkan keluar oleh pemilik premis.
“Pemotongan bekalan air dan elektrik turut dilaksanakan mengikut proses serta SOP yang telah digariskan oleh DBKL, Air Selangor dan TNB,” ujarnya.

Dalam operasi sama, DBKL turut menyita ayam hidup dan ikan hidup yang berada di premis terbabit sebelum dipindahkan ke stor Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bagi tujuan dokumentasi.

Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

Pada masa sama, JIM menahan lima pekerja warga asing untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL Image from: Degil ingkar notis, dua kedai kendalian warga asing diroboh DBKL

Sumber: Facebook DBKL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved