Dek Banyak Persamaan ‘Ini’, Netizen Teka Jungkook BTS & Rosé BP Sedang Bercinta?

Music
5 Sep 2023 • 11:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat mata ‘tajam’ pastinya akan perasan setiap persamaan antara idola kesayangan mereka.

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai beberapa gambar Jung-kook BTS dan Rosé BLACKPINK yang dikatakan diambil di tempat yang sama.

Khususnya, kedua-kedua idola itu telah memuat naik foto mereka di dalam kereta yang dilihat serupa dengan menggunakan kamera filem yang sama, menimbulkan khabar angin bahawa mereka berdua sedang bercinta.

@yves_pasta Replying to @angely ramanda sama yaa ini jk pas lagi di LA rose pas di coachella jg mobilnya samaa mobil sama, hotel sama, helicopter sama. mau bantah gimana lagi wir wir #rosé #jungkook #rosekook #fyp #fypdongggggggg ♬ 오리지널 사운드 – austinpak

Dalam hantaran lain, Jung-kook dan Rosé juga sepertinya menginap di hotel yang sama di Los Angeles, pada tarikh yang berhampiran.

Meskipun tiada pengesahan atau maklumat yang sahih mengenai dakwaan ini namun, peminat tetap teruja sekiranya mereka memang benar mempunyai hubungan istimewa.

Selain itu, ada juga yang menebak sekiranya kedua penyanyi itu akan berkolaborasi untuk muzik baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.