‘Dekat kaunter ASB ternampak mak cik keluarkan RM50,000 bagi scammer’

LocalPersonal Finance
23 Oct 2026 • 3:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Dekat kaunter ASB ternampak mak cik keluarkan RM50,000 bagi scammer’

PETALING JAYA – Keprihatinan seorang wanita yang menyedari gerak-geri mencurigakan seorang warga emas ketika berurusan di kaunter Amanah Saham Bumiputera (ASB) dipercayai berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa penipuan membabitkan RM50,000.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @helenaaishx itu berkata, dia mula curiga selepas terlihat warga emas berkenaan membaca perbualan WhatsApp yang mempunyai ciri-ciri menyerupai arahan daripada scammer.

Lebih membimbangkan, dia mendakwa terlihat warga emas terbabit menyebut mengenai jumlah RM50,000 dalam perbualan berkenaan ketika sedang mengeluarkan wang.

“Wei, aku rasa mak cik ini nak kena scam. Dia dengan atuk nak keluarkan duit di ASB. Nampak dia baca WhatsApp macam ala-ala scammer itu.

“Macam mana aku nak tolong? Risau dia keluarkan duit. Aku nampak dia balas RM50,000,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Menurut wanita itu, dia kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada seorang kakitangan di situ sebelum terus memerhatikan warga emas berkenaan yang dilihat berjaya mengeluarkan wang.

Tidak sedap hati, dia mengambil keputusan untuk mendekati wanita terbabit sebaik sahaja urusannya sendiri selesai.

“Saya terus jumpa dia dan beritahu saya nampak dia WhatsApp dengan scammer dan nasihatkan dia tolong jangan bagi (wang).

“Dia pun cakap terima kasih banyak-banyak dan janji tak akan bagi duit itu. Insya-Allah, semoga makcik itu selamat daripada scammer,” katanya.

Tindakan wanita itu mendapat pujian orang ramai yang menyifatkan keprihatinannya mungkin telah menyelamatkan wang simpanan warga emas tersebut.

Seorang pengguna yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan turut berterima kasih kepadanya kerana memahami kesan mendalam yang boleh dialami mangsa.

“Sebagai seorang yang pernah jadi mangsa scam dan sampai trauma bertahun-tahun, saya nak berterima kasih kepada awak kerana apa yang awak buat adalah perkara besar.

“Rasanya seperti awak baru sahaja menyelamatkan kehidupan seseorang. Moga Allah membalas segala kebaikan awak,” kata Zulaikha.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Afni yang bekerja sebagai pegawai bank berkata, situasi warga emas mahu memindahkan wang kepada individu tidak dikenali bukan perkara asing.

“Saya sebagai pegawai bank memang setiap hari akan perhatikan sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan.

“Memang saya akan tanya, ‘Ini nak pindahkan wang kepada siapa? Kenal atau tidak? Kalau ada WhatsApp, boleh saya tengok?’ Begitulah caranya. Tetapi boleh dikatakan majoriti memang ada yang tidak mengenali penerima dan apabila mereka tunjuk perbualan WhatsApp, memang scammer,” kata

Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman hampir sama membabitkan ibu bapa mereka yang didakwa dihubungi individu menggunakan identiti atau imej agama bagi meyakinkan mangsa untuk menyerahkan wang.

“Wei, abah aku pun. Cuba teka, abah datang pejabat, sambil-sambil aku dengar dia cakap, ‘Iya Pak Ustaz…’ Lepas itu aku jeling, kenapa nombor Indonesia pula? Aku baru sehari balik dari Medan, mestilah aku tahu itu nombor sana.

“Rupa-rupanya, bagi cagaran RM2,000, dapat RM300,000! Sempat juga bertekak dengan aku sebab abah percaya ‘ustaz’. ‘Ustaz! Ustaz! Takkan tipu,” kata Nurul pula. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Dekat kaunter ASB ternampak mak cik keluarkan RM50,000 bagi scammer’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved