Dekat Rumah Pun Boleh Buat, Wanita Kongsi Resipi Hasilkan Roti Sandwich Gebu

Cooking
24 Aug 2023 • 7:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dekat Rumah Pun Boleh Buat, Wanita Kongsi Resipi Hasilkan Roti Sandwich Gebu

Roti merupakan makanan ruji buat rakyat Malaysia. Selain daripada nasi, roti juga mempunyai karbohidrat yang boleh memberi tenaga kepada mereka yang memakannya.

Kebiasaannya, roti diambil pada waktu pagi dan dijadikan sebagai sarapan sebelum memulakan aktiviti harian.

Pernah tak terfikir untuk membuat roti di rumah?

Kalau nak tahu, sebenarnya nak buat roti ini tidak memerlukan bahan yang banyak namun hanya kesabaran yang tinggi sahaja diperlukan.

Tetapi tak salah sekiranya mahu mencuba membuat roti di rumah sekiranya mempunyai resipi yang tepat.

Baru-baru ini, Rena Seah Othman telah berkongsi dengan orang ramai berkenaan cara untuk membuat roti sandwich yang gebu.

Selepas dah siap bolehlah berkongsi dengan jiran! Mari ikuti resipi yang disediakan di bawah ini.

Resipi White Sandwich Loaf

image is not available
Kredit: Rena Seah Othman/Facebook

Bahan-bahan:

375g tepung high protein (Bread Flour)

15g gula

4.5g yeast

22.5g butter lembut

7.5g garam

225g air

Cara-cara penyediaan

1. Masukan semua mixer. Uli sampai licin.

2. Keluarkan tepung, buat bulat, masukan dalam bekas. Tutup dengan plastik. Kasi rehat 30 minit.

3. Keluarkan tepung. Buang angin. Bentukan tepung (adunan ini boleh buat sandwich loaf, roti bengali dan bun.

4. Kasi rehat satu jam atau biarkan naik dua kali ganda dalam acuan.

5. Panaskan oven 180 degree 10 minit (bergantung dengan oven masing-masing).

6. Bakar suhu 180 degree selama 30 hingga 40 minit. Ni bergantung dengan oven masing-masing. Ni untuk roti sandwich atau roti bengali.

7. Untuk bun bakar 170 degree selama 15 hingga 20 minit.

8. Untuk bun kalau dah masak, sapu brush butter cair di atas supaya lembut. Brush pakai butter sikit sahaja.

9. Untuk roti sandwich atau roti bengali, dah masak keluarkan dari acuan dan sejukan. Jangan potong roti kalau masih panas.

Selamat mencuba.

Untuk resipi penuh, sila klik di sini.

Sumber: Rena Seah Othman/Facebook