Dekati Sultan Nazrin, Wanita Didakwa Guna Kekerasan Jenayah

LocalPolitics
8 Sep 2025 • 11:29 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, lapor BH Online.

Tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab sekitar jam 8.20 pagi, pada 31 Ogos lalu.

Wanita didakwa dekati Sultan Nazrin

image is not available

Foto: Bernama

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menyebabkan kecederaan parah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Ketika prosiding, Nurhaswani yang kelihatan tenang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Hidap skizofrenia punca dekati Sultan Nazrin?

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul, memaklumkan mahkamah bahawa tiada pengakuan akan direkodkan kerana laporan awal dari Hospital Bahagia Ulu Kinta mengesahkan tertuduh menghidap skizofrenia.

image is not available

Foto: Bernama

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah untuk mendapatkan penilaian psikiatri lanjut bagi menentukan keadaan mentalnya dan kesesuaian untuk diadili,” katanya.

Peguam tertuduh, M. Saravanan, tidak membantah permohonan tersebut.

Majistret Mohd Harith kemudian membenarkan permohonan dan mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri lanjut bagi mendapatkan laporan penuh sebelum prosiding seterusnya.

Beliau turut memutuskan bahawa tiada tawaran jaminan diberikan dan tertuduh perlu kekal menerima rawatan di hospital selain kes untuk sebutan semula ditetapkan pada 8 Oktober ini.

image is not available

Foto: Media sosial

Terdahulu, pada 31 Ogos lalu, Nurhaswani ditahan selepas cuba menghampiri Sultan Nazrin di pentas utama ketika lagu kebesaran negeri Perak dimainkan.

Sumber: BH Online (Zahratulhayat Mat Arif)