Dekorasi Krismas Luar Biasa Sebuah Hospital Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai

8 Dec 2024 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hospital di Sabah sambut Krismas dengan dekorasi cantik

Dekorasi Krismas Luar Biasa Sebuah Hospital Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai. Kalau sebut hospital, mesti kita bayangkan suasana sunyi dan serius kan? Tapi lain ceritanya di sebuah hospital di Sabah yang berjaya mencuri perhatian ramai di Twitter dengan dekorasi Krismas mereka yang memang on point!

Dekorasi yang dihiasi dengan penuh kreativiti ini bukan sekadar cantik, tapi juga penuh dengan semangat perayaan. Dari pokok Krismas, patung Santa, patung gigerbread, nutcracker dan lampu berkilauan menghiasi dinding hospital, semuanya memberi suasana yang lebih ceria dan bermakna.

image is not available
Dekorasi Krismas Luar Biasa Sebuah Hospital Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai. Gambar tangkap layar dari Twitter

Rata-rata pengguna di Twitter pula memuji dekorasi krismas di hospital Sabah yang luar biasa ini.

Usaha staf hospital ini juga patut dipuji kerana mereka mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana dan membawa kegembiraan kepada pesakit serta pelawat.

Nampaknya, hospital ini bukan saja memberi rawatan, tapi juga healing vibes kepada pesakit dan keluarga. Siapa kata hospital tak boleh jadi tempat penuh keceriaan?

Lagi berita menarik untuk anda di sini: