Delegasi Malaysia-UN SDG Trust Fund tinjau program Guru Visual Bertauliah

9 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Delegasi Malaysia-UN SDG Trust Fund tinjau program Guru Visual Bertauliah

PETALING JAYA: Delegasi Se­kretariat Malaysia-UN SDG Trust Fund bersama Yayasan MySDG dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengadakan lawatan pemantauan pelaksanaan serta keberkesanan program Guru Visual Bertauliah (CVT) di tiga sekolah di Kulai.

Lawatan yang diketuai Ketua Sekretariat Malaysia-UN SDG Trust Fund, Rizatuddin Ramli itu turut disertai wakil Yayasan MySDG dan pegawai kanan JPN Johor.

Tiga sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Sinar Bahagia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Cheng dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indahpura 1.

Delegasi turut menyaksikan pelaksanaan kaedah visualization through freehand (VTF) dalam bilik darjah dan hasil lakaran murid bagi menilai pendekatan dalam membantu pro­ses pembelajaran.

Kaedah VTF yang dibangunkan Dr. Ruzaimi Mat Rani menggunakan lakaran visual spontan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi visual, selain membantu murid memahami konsep pembelajaran dengan lebih berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wiba Prima (YWP), Amirul Iskandar Mannan berkata, lawatan itu mengukuhkan keyakinan bahawa pendekatan pembelajaran menerusi lakaran visual yang mudah dan berkos rendah mampu memberikan impak besar kepada murid.

Katanya, seramai 100 guru sudah dilatih menggunakan kaedah VTF dan kini meng­aplikasikannya dalam sesi pe­ngajaran dan pembelajaran.

“Program ini menyasarkan manfaat kepada kira-kira 15,000 murid di seluruh Johor menje­lang akhir tahun ini.

“Guru-guru yang terlibat juga dijangka menerima pensijilan CVT pada Januari 2027,” kata­nya.

Amirul Iskandar berkata, ia turut memberi penekanan kepada prinsip ‘tiada siapa yang tertinggal’ dengan penglibatan guru pendidikan khas dan komuniti B40, selaras Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, 10 dan 17.

“Kaedah VTF bukan baharu. Sejak 2023, lebih 2,500 orang guru telah dilatih menerusi pelbagai siri program,” katanya. – UTUSAN

The post Delegasi Malaysia-UN SDG Trust Fund tinjau program Guru Visual Bertauliah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved