Pempengaruh Ryzal Ibrahim menerima teguran daripada netizen selepas memuat naik sebuah video memaparkan anaknya sedang bersantai di atas buaian ketika mereka meraikan ulang tahun perkahwinan.
Menerusi hantaran di Threads, Ryzal berkongsi momen santai anaknya sambil berseloroh bahawa si kecil kelihatan lebih berseri ketika mereka sekeluarga datang untuk meraikan ulang tahun bersama.
Advertisement

“Datang sini nak celebrate anniversary Omma Appa, dia pulak lebih melawo”
Bagaimanapun, perkongsian tersebut kemudian mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang merasakan rakaman itu sepatutnya dinilai semula sebelum dikongsi kepada umum.
Netizen Bimbang Video Anak Disalah Guna
Ruangan komen dipenuhi teguran daripada netizen yang meminta Ryza lebih berhati-hati ketika berkongsi kandungan melibatkan anak kecil.
Segelintir pengguna berpendapat ibu bapa perlu melihat semula rakaman daripada pelbagai sudut sebelum memuat naik video anak, terutama apabila akaun tersebut mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
Ada juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa kandungan melibatkan kanak-kanak boleh disimpan, dirakam semula atau disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.
View this post on Instagram
“Ingat ada pedo yg memerhati. Tak smua boleh post dkt media sosial”
Seorang lagi pengguna turut meminta video tersebut diturunkan kerana bimbang terhadap keselamatan dan privasi anak berkenaan.
“Please delete this video… Sy rasa seram bila oart dia naik buai tu… Kami syg rina”
“Please Protect Anak-Anak Kita”
Tidak kurang juga yang meminta pasangan tersebut mengutamakan keselamatan anak dan tidak terlalu mengambil mudah kebimbangan yang disuarakan orang ramai.
View this post on Instagram
“Please, please pelase!!! suruh husband you take this video down. Makin lama makin banyak mata memerhati, makin banyak akn ada ss. Please protect ank2 kita.”
Meskipun sesetengah komen disampaikan dengan nada keras, rata-rata netizen menjelaskan teguran tersebut dibuat kerana bimbang terhadap risiko apabila kandungan anak kecil dikongsi secara terbuka di media sosial.
Isu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai privasi kanak-kanak di media sosial, terutama apabila sesuatu kandungan boleh tersebar lebih jauh daripada khalayak asal selepas dimuat naik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Kenapa Kami Tak Boleh? Kami Pun Bayar Roadtax” – Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT
The post “‘Delete’ Lah, Kesian Anak..” – Netizen Tegur Ryzal Ibrahim, Tayang Rina Dalam ‘Swimming Suit’ Mengundang Ped*phil*a first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
