Dell Inspiron 16 Plus 7630 Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-13 Dan RTX 4060

TechnologyDigital
27 Mar 2023 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Komputer riba produktiviti Dell Inspiron 15 Plus 7630 telah dilancarkan hujung minggu lalu dengan ia dilengkapi dengan cip Intel Core Gen-13 dan GPU dari siri NVIDIA RTX 40XX. Skrin 16″ menyokong resolusi 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Tiada sokongan sesentuh disertakan oleh Dell untuk model ini.

image is not available

Pilihan cip adalah sehingga Intel Core i7-13700H, GPU sehingga NVIDIA GeForce 4060 dengan 6GB GDDR6, memori sehingga 64GB DDR5, storan sehingga 1TB M.2 PCIe NVMe SSSD dan bateri 86Wh. Sistem audio Dolby Atmos disokong menerusi empat speaker terbina. Untuk telesidang pula kamera FHD disertakan. Pilihan I/O ialah pembaca kad memori, port Thunderbolt 4 USB-C, USB-A, bicu audio dan HMDI,

Harga jualan adalah bermula daripada RMB 17,499 (~RM4830) sebuah dengan ini merupakan model paling asas yang hanya dilengkapi GPU Intel Iris Xe terbina.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved