Dell Menghentikan Jualan Komponen Grafik Ke Pasaran China Dan 22 Negara Lain

TechnologyDigital
23 Nov 2023 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekatan teknologi yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat keatas syarikat-syarikat teknologi China kini memasuki pasaran komponen pengguna juga, dengan kad grafik seperti NVIDIA GeForce RTX 4090 tidak lagi boleh dijual di pasaran tersebut.

Terkini, Dell juga dilihat telah mengeluarkan notis mengatakan bahawa mereka akan menghentikan jualan sejumlah kad grafik gaming dan industri ke pasaran China dan sejumlah negara-negara lain. Kad-kad grafik tidak lagi dijual di pasaran-pasaran ini termasuklah AMD Radeon RX 7900 XTX dan 7900 XT, AMD Radeon MI210, MI250, MI 250X dan MI300. Dari NVIDIA, kad grafik NVIDIA A800, A6000 ADA dan NVIDIA GeForce RTX 4090 tidak lagi dijual, dan dari Intel, semua kad grafik Intel Gaudi tidak lagi akan dijual.

image is not available

Selain dari pasaran China, kad-kad grafik ini juga tidak akan dijual di negara-negara seperti Afghanistan, Burma, Kemboja, Haiti, Iran, Iraq, Macau, Somalia, Sudan, Syria dan sebagainya.

Sekatan jualan ini berlaku kerana Dell, sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat harus mengikuti sejumlah undang-undang perdagangan baru yang ditetapkan oleh kerajaan tersebut.