Dell Pro Wireless ANC Headset Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM360

TechnologyDigital
7 Feb 2024 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dell mengumumkan set fon kepala baharu dengan AI dan pembatalan hingar aktif yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pejabat.

image is not available

Antara menarik perhatian tentunya Dell Pro Wireless ANC Headset (WL5024) yang dilengkapi bateri hingga 78 jam, dok pengecasan tambahan dan ANC hibrid.

Ini digabung juga dengan mikrofon berasaskan AI untuk audio lebih jelas. Selain juga sensor terbina yang boleh menjeda dan membisukan mikrofon secara automatik sekiranya perlu.

image is not available

Sementara itu sebahagian besar tubuh yang termasuk pad telinga dikemaskan dengan bahan berasaskan kulit tiruan yang sepatutnya selesa digunakan untuk satu tempoh yang lama.

Tambatan ke peranti boleh dibuat melalui Bluetooth 5.3, dan menyokong sehingga lapan peranti termasuk dua secara serentak. Variasi berwayar turut disediakan bagi mereka yang berminat bersama ciri dan fungsi juga sama sahaja.

image is not available

Turut disediakan ialah variasi lebih murah Dell Wireless Headset (WL3024) dengan ciri yang juga sama, cuma ketahanan bateri sekadar 41 jam tetapi dirasakan lebih memadai untuk kegunaan seharian penuh.

Harga jualan di Malaysia

  1. Dell Wired Headset (WH3024) – RM360
  2. Dell Wireless Headset (WL3024) – RM768
  3. Dell Pro Wired ANC Headset (WH5024) -RM640
  4. Dell Pro Wireless ANC Headset (WL5024) – RM1452

image is not available

Dok pengecasan tambahan bagaimanapun dijual berasingan namun tiada harga jualan diumumkan buat masa ini.