Dell Tidak Akan Menggunakan Khidmat Pengilangan China Untuk Produk Yang Dijual Di Amerika Menjelang 2027

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 1:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan Amerika Syarikat dilihat masih lagi memperkenalkan sekatan ekonomi baru keatas syarikat-syarikat teknologi yang berpengkalan di China, dan terkini, nampaknya Dell dilihat akan mengambil satu langkah yang agak drastik untuk produk-produk mereka yang dijual di Amerika Syarikat.

Dimana kebanyakan produk-produk elektronik seperti peranti pintar dan komputer riba masih lagi dipasang di kilang-kilang di China, Dell nampaknya tidak akan menggunakan khidmat pengilangan dan komponen dari China sepenuhnya untuk produk-produk mereka menjelang 2027.

Menurut dokumen dalaman Dell, syarikat tersebut akan mula proses tersebut pada tahun 2025 kelak dengan menghentikan pembangunan peranti komputer desktop, komputer riba dan aksesori-aksesori mereka.

image is not available

Pada tahun 2026 pula, Dell mahu memastikan bahawa cip-cip semikonduktor yang digunakan didalam peranti-peranti mereka dibangunkan oleh syarikat-syarikat bukan China di luar negara tersebut. Ia juga dianggarkan bahawa separuh daripada peranti-peranti yang dijual pada masa ini dikilangkan di luar negara tersebut.

Menjelang 2027 Dell mengharapkan bahawa 100 peratus daripada produk-produk Dell yang dijual di Amerika Syarikat adalah bebas pengeluaran China sepenuhnya.

Perkara ini dilihat hanyalah untuk produk yang dijual di negara tersebut, dan untuk negara-negara lain, Dell dilihat tiada pelan untuk mengubah pengeluaran dan penggunaan komponen bagi pasaran global mereka buat masa ini.