Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

Music
3 Jul 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Firdaus Rahmat (paling kiri) dan Dem Lepak Boyz gagal mara ke peringkat akhir. - Gambar Astro

Konsert separuh akhir Big Stage 2023 menyaksikan dua peserta disingkirkan sekaligus iaitu Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat.

Ini menjadikan enam lagi peserta berjaya ke peringkat akhir iaitu Nadeera Zaini, Waode, Hoondoo, Aufahanie, Puteri Khareeza dan Putera Muhammad.

Namun, peserta yang cemerlang saban minggu iaitu Putera Muhammad dilihat gagal memberikan persembahan yang baik sewaktu menyampaikan lagu  Kisah Ku Inginkan duet bersama Ara Johari sehingga dia buat pertama kalinya berada di kedudukan tiga terbawah. 

image is not available
Putera Muhammad (kanan) dan Ara Johari - Gambar Astro

Berbeza pula dengan Nadeera Zaini yang berjaya memukau hati juri dengan persembahannya menerusi lagu Aku Cinta duet bersama Khai Bahar. Juri jemputan iaitu Datuk AC Mizal memberikan markah sebanyak 100 kepadanya.

image is not available
Khai Bahar (kiri) dan Nadeera Zaini - Gambar Astro

Antara peserta yang turut berjaya menambat hati juri tetap adalah  Aufahanie yang menyampaikan lagu Akhiri Pencarianku duet bersama Naqiu. 

Minggu separuh akhir ini merupakan minggu duet bersama artis jemputan di mana rata-rata peserta dilihat menunjukkan taring di saat-saat akhir.

Aina Abdul menyifatkan persembahan Aufahanie pada malam itu adalah persembahan paling terbaik darinya selain memuji bakat muda itu  bijak menyanyi mengikut kemampuan nadanya. 

image is not available
Aufahanie (kanan) dan Naqiu - Gambar Astro

Sementara Dem Lepak Boyz yang menjadi peserta pertama diumumkan tersingkir semalam berkata, mereka tidak sedih dengan penyingkiran ini. Bahkan, mereka bakal keluarkan 'single" terbaru duet bersama juara Big Stage musim terdahulu. 

"Setiap minggu kami ada perasaan akan tersingkir. Sejujurnya kami sangat tak sangka akan sampai ke peringkat separuh akhir. Kami sedar kami bukannya peserta yang memiliki 'power vocal'. Apa yang kami cuba pamerkan adalah persembahan yang menarik," kata mereka.

image is not available
Dem Lepak Boyz - Gambar Astro

Bagi Firdaus Rahmat pula, dia bersyukur kerana sudah berjaya melangkah hingga ke minggu kesembilan.

"Saya ingin mengucapkan  terima kasih kepada penyokong-penyokong saya iaitu 'overdaus' yang sentiasa menyokong saya sejak dari awal,” katanya.

image is not available
Firdaus Rahmat - Gambar Astro

Firdaus  juga merupakan salah seorang komposer untuk lagu terbaru Ziana Zain dan Hasif Upin yang berjudul  Waktu.

Untuk minggu separuh akhir, juri tetap tidak dibenarkan untuk menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan peserta yang tersingkir. - Getaran,  3 Julai 2023