Demi Dapat ‘Gift’ Di TikTok Live, Ibu Ini Sanggup Beri Bayi Minum Kopi Dan Makanan Pedas

29 Jan 2023 • 11:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita itu berada dalam serba kekurangan setelah ditinggalkan suaminya

Demi Dapat ‘Gift’ Di TikTok Live, Ibu Ini Sanggup Beri Bayi Minum Kopi Dan Makanan Pedas. Dengan pengaruh ‘influencer’ pada zaman sekarang, tidak hairanlah kini ramai orang akan pergi ke media sosial untuk mendapatkan wang segera. Ada yang melakukannya untuk keseronokan tetapi ada yang mungkin mempunyai sebab yang menyedihkan yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan demikian.

Baru-baru ini, dilaporkan seorang wanita di Indonesia terlibat dalam kontroversi apabila dia didapati memberi bayinya yang berusia 7 bulan kopi dan makanan pedas ketika membuat TikTok Live, dengan harapan untuk diberikan ‘hadiah’ oleh penontonnya.

image is not available
Demi Dapat ‘Gift’ Di TikTok Live, Ibu Ini Sanggup Beri Bayi Minum Kopi Dan Makanan Pedas

Terpaksa menyara dirinya menerusi royalti daripada ‘gift’ yang dihadiahkan semasa TikTok Live

Wanita berusia 23 tahun itu bernama Adinda Yana, baru-baru ini disoal siasat polis selepas dia dilaporkan memberi kopi bersama kepada bayinya. Ibu muda itu mengakui dia melakukan tindakan ini untuk mendapatkan ‘hadiah’ berupa sumbangan daripada penontonnya.

Menurut polis, Adinda berbuat demikian demi mendapatkan royalti daripada TikTok dan Adinda telah meminta belas kasihan daripada netizen.

image is not available

Difahamkan ini bukan kali pertama Adinda berbuat demikian. Sebelum ini, dia juga pernah memberi bayinya makanan pedas semasa salah satu TikTok Livenya, daripada ayam goreng hingga nasi goreng.

Pada mulanya, wanita itu terkenal kerana memberi makanan pedas kepada bayinya tetapi video dia menyuap kopi susu kepada bayinya yang menjadi viral sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

image is not available
Kredit: TikTok

Bayi itu dibesarkan oleh wanita itu seorang diri, manakala bekas suaminya berkahwin dengan wanita lain

Daripada hasil siasatan polis, Adinda Yana dan bayinya didapati hidup dalam kemiskinan, dengan Adinda hanya membesarkan bayinya sendirian.

Rumah sewa mereka yang berukuran 4 x 3 meter sahaja adalah rumah mereka sekarang. Difahamkan, suami Adinda telah meninggalkan keluarga dan telah berkahwin semula.

Adinda juga dikatakan bekerja di gerai makanan laut untuk menyara hidup. Dalam laporan berasingan, Adinda telah menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak memasukkan kopi ke dalam susu bayinya tetapi hanya berkata ia adalah ‘kopi’ untuk mendapatkan sumbangan daripada TikTok Live dan sebagai kandungan semata-mata.

Menurut polis dalam laporan itu, Adinda tidak berniat memberikan ‘kopi’ kepada bayinya tetapi hanya mahu viral untuk menerima lebih banyak sumbangan. Sementara itu, bayi berkenaan telah diperiksa kesihatannya oleh kakitangan perubatan untuk memastikan bayi terbabit berada dalam keadaan sihat.

Lagi di sini”