Demi ‘Gift’ Tiktok, Bayi 2 Bulan Dipaksa Makan Bubur Segera Oleh Pengasuh

23 Sep 2023 • 4:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demi pancing sumbangan dari netizen

Demi ‘Gift’ Tiktok, Bayi 2 Bulan Dipaksa Makan Bubur Segera Oleh Pengasuh. Pemilik sebuah rumah anak yatim di Medan, Indonesia ditahan atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Lelaki itu tular selepas bersiaran langsung di laman TikTok sambil memberi makan bubur segera kepada seorang bayi berusia dua bulan pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).

image is not available
Demi ‘Gift’ Tiktok, Bayi 2 Bulan Dipaksa Makan Bubur Segera Oleh Pengasuh. Kredit: Kosmo

Ketua Polis Medan, Valentino Alfa Tatareda berkata, suspek bernama Zamanueli Zabua atau lebih dikenali sebagai ZZ ditahan untuk soal siasat pada Selasa lalu.

“ZZ ditahan kerana bertindak melakukan eksploitasi ekonomi terhadap kanak-kanak untuk kepentingan peribadi.

“ZZ menguruskan rumah anak yatim itu bersama isterinya. Buat masa ini, isterinya sedang disiasat. Rumah anak yatim itu juga tidak mempunyai permit,” katanya.

Menurut Valentino, terdapat 26 kanak-kanak yang dijaga di rumah anak yatim itu. Empat daripada mereka adalah bayi, manakala selebihnya bersekolah rendah dan menengah.

image is not available

Selepas disoal siasat, ZZ mengakui bahawa rumah anak yatim itu telah beroperasi sejak awal tahun ini.

Dalam tempoh empat bulan lalu, ZZ mengaku dia secara intensif mengeksploitasi penghuninya di TikTok.

image is not available

“Dalam sebulan saya boleh dapat 20 juta rupiah (RM6,098) hingga 50 juta rupiah (RM15,245). Kanak-kanak ini akan dirakam untuk mendapatkan sumbangan daripada netizen,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article