Demi Jaga Kebersihan Makanan, Peniaga Pasang Penghadang Elak Pelanggan Sentuh Makanan

LocalFood
25 Feb 2026 • 11:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting dan perlu dititik beratkan khususnya mereka yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

Malah mereka yang menjalankan perniagaan dalam industri ini perlu dihantar menghadiri kursus pengendalian makanan untuk mengetahui langkah yang betul.

Selain itu, kebersihan yang dijaga juga dapat memastikan makanan yang disediakan berkualiti dan terjamin selamat untuk pelanggan.

Peniaga letak penghadang demi jaga kualiti kebersihan makanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial memaparkan peniaga yang berusaha meletakkan penghadang pada makanan yang dijual untuk menjamin kebersihan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Yat Jaafar di Threads, kelihatan dia merupakan seorang peniaga yang menjual pencuci mulut seperti kuih tradisional dan puding.

Dalam hantaran itu kelihatan Yat menunjukkan dia telah menggunakan penghadang pada meja jualan untuk kebersihan dan keselamatan kuih-muih yang dijual.

Bimbang ada yang usik atau rambut jatuh dalam makanan

Jelas Yat, memandangkan dia menjual makanan yang berwarna-warni adakalanya dia bimbang apabila ada kanak-kanak berdekatan kerana takut diusik dan sebagainya.

“Kadang yang dewasa pun tak menjamin kebersihan. Dengan rambut berjurai, tunjuk sampai nak sentuh makanan.

“Kita pula serba salah nak tegur, risau pelanggan malu dan kecil hati. Bertutup macam ni lebih selamat dan bersih,” ujarnya.

View on Threads

Selain menjual kuih-muih, Yat turut menjual nasi goreng di bazar Ramadan Jalan Gunung Seri Alam, Masai, Johor.

View on Threads

Ramai tanya cara buat penghadang dan puji usaha nak bagi makanan kekal bersih

Melihat di ruangan balas, ada yang bertanya bagaimakah Yat membuat penghadang pada meja tersebut.

Kata Yat, dia menggunakan kepingan acrylic yang kemudian dilekatkan dengan penghadang buku.

Tidak kurang ramai yang memuji usahanya bagi menjamin kebersihan makanan yang dijual.

Ada juga pengguna yang bertanya dengan meletakkan penghadang adakah makanan terbabit habis dijual kerana mereka juga bercadang untuk melakukan perkara sama.

Jelas Yat, pelanggannya lebih gemar perkara itu kerana kelihatan kemas dan bersih.

“Kami suka penjual yang pandai”

image is not available

“Suka usaha tu. Terus tak nampak macam gerai”

image is not available

“Akak saya suka akak sangat. Suka lah orang jual tutup macam ni. Baru bahagia nak beli”

image is not available