Demi Jamin Kewangan Kekasih, Ronaldo Beri Lebih RM500,000 Sebulan Jika Berpisah

14 Jun 2023 • 1:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo akan memberikan wang berjumlah £86,000 (RM500,738) sebulan kepada kekasihnya, Georgina Rodriguez jika berpisah meskipun masih belum mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Daily Mail, keputusan tersebut dilakukan ekoran perjanjian pra-perkahwinan yang dibuat untuk menjamin masa depan kewangan Rodriguez.

Mana tidaknya, terdapat pula khabar angin yang tular di media sosial mendakwa kononnya hubungan pasangan berkenaan dikhabarkan dilanda badai.

Pun begitu, ibu Ronaldo tampil memberi penjelasan bahawa hubungan anaknya bersama model jelita yang berusia 29 tahun itu masih dalam keadaan baik dan menyangkal spekulasi perpisahan mereka.

Bukan itu sahaja, pasangan itu baru-baru ini dilihat menghabiskan masa bersama di Sepanyol, sekaligus menjawab tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

Sumber: Daily Mail (Tamara Prenn)

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved