Demi kebaikan warga Muar, Syed Saddiq tak gentar isytihar harta

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tak gentar untuk mengisytihar hartanya sekiranya ia antara keperluan syarat untuk menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau memorandum persefahaman (MoU) demi menjaga kebajikan penduduk Muar.

Menurut laporan Sinar Harian, Syed atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengesahkan akan menerima peruntukan daripada kerajaan kelak.

Usaha itu dicapai selepas lebih lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Syed Saddiq tak gentar

image is not available

“Jika ada keperluan untuk isytihar aset, saya akan lakukan. Saya pun antara menteri terawal yang berbuat demikian sebelum pilihan raya lagi. Tak kisah nak suruh isytihar setiap tahun pun tiada masalah.

“Ini demi kebaikan warga Muar dan diharapkan ada berita terbaik buat mereka dalam tempoh terdekat supaya bantuan kebajikan serta pembangunan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Insya-ALLAH jika berjaya dengan perjanjian ini, semua akan berjalan lancar. Saya sahut perkara ini dengan baik dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Fadillah,” katanya.

Syed Saddiq tak gentar

image is not available

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, beliau mengesahkan bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah memberi maklum balas secara rasmi dan bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Katanya, segala perincian kini di peringkat akhir dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Saddiq berjaya mengumpul dana berjumlah RM1 juta hasil daripada menjadi model baju raya sebuah jenama terkemuka dan usaha tersebut dapat menampung keperluan rakyat Muar.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Aisyah Basaruddin)