Demi kemudahan jemaah, Steven Sim peruntuk RM65,000 naik taraf dewan masjid

LocalPolitics
28 Sep 2025 • 5:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, mengumumkan peruntukan sebanyak RM65,000 kepada Masjid Taman Alma Jaya di sini bagi menaik taraf ruang lama masjid menjadi dewan mesyuarat dan serbaguna.

Peruntukan tersebut disumbangkan oleh Sim, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, bagi memastikan ruang berkenaan dimanfaatkan oleh anak-anak kariah untuk pertemuan, penganjuran aktiviti komuniti serta pelaksanaan program keagamaan.

image is not available

Sim berkata, pengurusan masjid sebelum ini memohon RM50,000 bagi mengubah suai ruang tandas lama yang tidak lagi digunakan.

“Susulan itu, pihak masjid memaklumkan mereka masih memerlukan RM17,000 bagi tujuan penyediaan perabot, sistem penghawa dingin dan sistem audio.
“Sebagai tanda sokongan berterusan, saya bersetuju menambah RM15,000 manakala ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut menyumbang RM3,000,” katanya ketika meninjau masjid berkenaan hari ini.

image is not available

Steven Sim peruntuk RM65,000

Masjid Taman Alma Jaya yang berusia 25 tahun merupakan antara institusi keagamaan terbesar di Pulau Pinang, merangkumi 35 kawasan perumahan dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 20,000 penduduk beragama Islam di kawasan sekitar.

Selain itu, masjid berkenaan turut menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM2.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja penggantian bumbung lama yang uzur, sebagai sebahagian usaha menaik taraf kemudahan demi keselesaan jemaah.

image is not available

image is not available

Tambah Sim, komitmen yang ditunjukkan mencerminkan keprihatinan pemimpin terhadap pembangunan institusi keagamaan dan kesejahteraan masyarakat.

“Selain itu, pihak pengurusan masjid turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan berharap usaha ini menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kemajuan ummah,” katanya lagi.