Demi kukuh sistem demokrasi! Kerajaan setuju tempoh had jawatan PM 10 tahun

LocalPolitics
31 Jan 2026 • 1:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan mengambil langkah tegas untuk memperkukuh sistem demokrasi dengan bersetuju mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

image is not available

Langkah kukuh sistem demokrasi

Memetik laporan daripada Bernama, langkah ini dilihat penting bagi memastikan akauntabiliti, semak dan imbang, serta tadbir urus negara lebih kukuh berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

image is not available

Kukuh sistem demokrasi & tingkat kepercayaan rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri pada Jumaat.

“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
“Cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara, selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

image is not available

Artikel lain: Kerajaan akan bentang RUU hadkan jawatan PM tidak lebih 10 tahun

Azalina menambah, kerajaan akan melaksanakan beberapa pindaan berkaitan Perlembagaan Persekutuan, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini, sebagai langkah seterusnya.

Sumber: Bernama