Demi Menunaikan Haji, Lelaki Sanggup Berjalan Kaki Dari UK Selama 11 Bulan

4 Jul 2022 • 10:58 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kisah yang menakjubkan dan boleh dijadikan sumber inspirasi, seorang warga Britain yang berusia 52 tahun berjaya tiba di Mekah setelah 11 bulan atau lebih tepat 10 bulan 26 hari berjalan kaki dari Wolverhampton. Apa tujuannya? Demi menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan Adam Muhammad, dia dilihat menangis kegembiraan apabila tiba di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari UK.

Menurut Gulf Today, Adam telah merentasi 9 negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.

Ketibaannya di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha. Dalam pada itu, setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dalam membantunya di sana.

Sepanjang perjalanan 6,500 km ke Makkah, Adam juga dilihat telah menolak troli yang mengandungi barang keperluan dan telah menjadi tempat untuknya berteduh.

Menurut Adam, dia juga sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan tak sangka dia dapat melakukannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved