Demi nak bergambar, peminat Indonesia bergasak tunggu Aisar Khaled selesai solat

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 5:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh, Aisar Khaled tiba-tiba menjadi fenomena di Indonesia sehingga peminat-peminat sanggup menunggunya selesai solat demi nak bergambar.

Perkara itu dikongsikan satu akaun TikTok, dikenali sebagai niyarekao apabila memuat naik momen sewaktu pempengaruh terbabit sedang bersedia untuk menunaikan kewajiban namun ditunggu oleh peminat-peminat wanita diluar ruangan tersebut.

Demi nak bergambar, peminat wanita tak malu sentuh, pegang Aisar

Dapat dilihat yang Aisar terus diserbu selepas keluar dari ruangan solat oleh peminat-peminat wanita untuk bergambar dengannya.

Difahamkan, nama Aisar telah menjadi fenomena setelah menyertai pertandingan tinju melawan selebriti sana dikenali sebagai Fadly Faisal sebelum menyuarakan hasrat berkenalan dengan adiknya, Fuji.

image is not available

Berebut-rebut demi nak bergambar dengan Aisar

Sejak dari itu, kedua-duanya sempat bertemu dan membuat konten bersama sehingga nama Aisar disebut-sebut sesuai menjadi pasangan kepada Fuji oleh peminat fanatik selebriti wanita itu.

Dapat dilihat peminat-peminat wanita dari Indonesia seakan ‘kagum’ melihat Aisar sehingga tanpa segan silu memegang serta mendekatkan diri kepada pempengaruh berkenaan.

Dia siap cium tangan Aisar lagi ea

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen dari netizen terutamanya dari Indonesia yang masih memuji-muji Aisar memandangkan mahu pempengaruh itu berjodohan dengan Fuji.

Walau bagaimanapun, ada juga yang merasakan tindakan peminat-peminat di sana agar keterlaluan memandangkan perkara itu jarang terjadi di Malaysia.

image is not available

Dah macam ishowspeed!

image is not available

Orang2 Malaysia tak biasa sentuh2 macam tu

image is not available

Terdahulu, Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel tewas di tangan Fadly Faisal dalam perlawanan tinju di Byon 3 yang berlangsung di Jakarta.

Namun begitu, tindakannya yang secara gentleman mahu berkenalan dengan Fuji telah meraih perhatian peminat di sana sehingga akaun media sosial pempengaruh berkenaan naik secara mendadak.

Sumber: TikTok niyarekao