Demi Rakyat, Jokowi Umum Cuti Tambahan Sempena Aidiladha

23 Jun 2023 • 5:38 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Majoriti penduduk Indonesia akan menikmati cuti hujung minggu selama lima hari akhir bulan ini selepas kerajaan mengumumkan cuti tambahan dalam usaha menggalakkan rakyatnya bersantai dan berbelanja.

image is not available

Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) mengisytiharkan 28 dan 30 Jun sebagai hari cuti kolektif sekitar cuti Aidiladha pada 29 Jun, sekali gus memberi rakyat Indonesia cuti tambahan.

Cuti yang diberikan itu terpakai kepada semua penjawat awam, dengan syarikat swasta lazimnya turut mengikuti trend itu dengan memberi pekerja mereka cuti, malah bursa saham akan turut ditutup pada tarikh berkenaan.

“Cuti ini sepatutnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi, terutama di wilayah dan kawasan pelancongan tempatan untuk menjadi lebih baik. Kami melihat ia boleh dilanjutkan, itulah yang diputuskan,” kata Jokowi.

Ini bukan kali pertama Jokowi memilih strategi luar biasa untuk memacu perbelanjaan pengguna di negara yang turut mewakili ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.