Demi Rezeki Yang Halal, Wanita Sanggup Tunggang Motosikal Lebih 4 Jam Ke Kuala Lumpur Untuk Jual Sayur Segar

19 Feb 2024 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak mengalah demi mencari rezeki yang halal, seorang wanita sanggup berulang-alik ratusan kilometer dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur bagi menjual sayur kampung segar.

Hanya tunggang motosikal

Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismail ini hanya mengunggang motosikalnya bagi setiap perjalanan ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada setiap Sabtu. Dia menjual sayur-sayuran seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman untuk warga sekitar.

Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal.

 

Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Tidak berputus asa

Menurut sumber, Siti gembira dengan pernigaannya itu meskipun ada yang menasihatinya untuk hanya berniaga di kampung sahaja. Namun begitu, tak lama kemudian motosikal lama yang sering ditunggangnya untuk ke Kuala Lumpur itu tidak lagi boleh bergerak jauh yang membuatkan usahanya itu terbantut.

Tetapi, enggan berputus asa, wanita ini terus mencari jalan untuk berniaga meskipun tidak dapat ke Kuala Lumpur. Katanya, dia dalam usaha untuk menggantikan motosikalnya itu.

Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.

 

Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Sambutan Sangat Menggalakkan" - Kini Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan, Siti Fazurina Lebih Senang Hati