“Demi segulung sijil” -Calon SPM kongsi momen naik bot & trak askar redah banjir

LocalPolitics
2 Dec 2024 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Calon SPM kongsi momen

Seorang calon SPM kongsi momen naik bot dan trak askar redah banjir demi memastikan diri mereka tidak tercicir dalam mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun diuji dengan bencana.

Menerusi hantaran yang dibuat pelajar dikenali sebagai qish di TikTok, dapat dilihat yang dia serta rakan-rakan menaiki bot dikendalikan anggota tentera sebelum menaiki trak menuju ke sekolah bagi persediaan menjawab peperiksaan yang bermula pada 2 Disember 2024.

Calon SPM kongsi momen perjalanan ke sekolah

Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, dapat dilihat yang cuaca masih lagi hujan serta jalan-jalan dipenuhi air.

Mereka telah dibawa ke sekolah serta lokasi penempatan sementara sebelum dikumpulkan di dalam satu ruangan untuk diberikan taklimat oleh anggota tentera yang berada di sana.

image is not available

Calon SPM kongsi momen redah banjir, netizen mohon doa banyak2

Situasi yang cukup menyentuh hati itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing akui sebak melihat situasi sebegitu.

image is not available

Buktikan dalam musibah pun boleh berjaya

image is not available

Akan jadi kenangan buat mereka suatu hari nanti

Rata-rata mereka mendoakan agar urusan mereka dalam menjawab peperiksaan penting demi masa depan dipermudah dan menjadikan apa yang berlaku sebagai penyemangat dalam menjawab soalan-soalan SPM nanti.

Dalam pada itu, mereka juga menyatakan bahawa kejadian bencana alam dan situasi yang sedang calon-calon SPM di kawasan banjir sedang lalui ketika ini akan menjadi satu kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

image is not available

Terus kuat dan semoga berjaya untuk SPM

image is not available

Setiap kesukaran pasti ada hikmah disebaliknya

image is not available

Sekadar info, SPM untuk ujian bertutur Bahasa Melayu telah bermula pada 2 hingga 5 Disember 2024.

Difahamkan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif dengan memindahkan calon-calon SPM ke asrama sepanjang tempoh peperiksaan bagi memastikan tiada sebarang keciciran berlaku disebabkan banjir yang melanda terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Sumber: TikTok qish