Demi Selamatkan Nyawa, Lelaki Digigit Beruang Sanggup Potong Lengan Sendiri

30 Jan 2024 • 4:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki Switzerland terpaksa memotong lengan kanannya dengan menggunakan pisau lipat demi selamatkan diri selepas digigit seekor beruang di yayasan hidupan liar Chiang Mai, Thailand.

Menceritakan kembali kejadian itu berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Stefan Specogna memasukkan tangan kanannya ke dalam sangkar beruang hitam untuk memberi makan kepada haiwan itu.

Bagaimanapun, beruang tersebut secara tiba-tiba menjadi agresif lalu mengigit tangan mangsa sehingga tidak boleh dilepaskan.

Lelaki digigit beruang

image is not available

Tindakan haiwan liar itu menyebabkan Stefan Specogna yang juga merupakan seorang sukarelawan hidupan liar memotong tangannye demi menyelamatkan diri sendiri.

Lelaki berusia 32 tahun itu kemudiannya mendapat pertolongan cemas daripada seorang saksi yang berada di lokasi tersebut sebelum membawa mangsa dari yayasan di daerah Chiang Dao itu ke hospital berdekatan.

image is not available

Specogna kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta di Chiang Mai untuk pembedahan selanjutnya. Malah, tindakan Specogna memotong lengannya tanpa mencederakan beruang dipuji warga tempatan.

Beruang hitam Asia yang terbabit dalam tragedi itu dipindahkan ke yayasan hidupan liar dari Taman Negara Doi Pha Daeng di Chiang Dao.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved