Demi Sertai Marathon, Bapa Sanggup Beli Makanan Sebelum Tinggal Anak Dalam Kereta

15 Nov 2023 • 12:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bapa dikenali Peng mengaku telah meninggalkan anak perempuannya berusia lima tahun di dalam kereta selama berjam-jam, semata-mata mahu menyertai acara larian marathon.

Bapa mengaku tinggalkan anak dalam kereta

Dia bagaimanapun mempertahankan diri dengan mendakwa jarak larian acara marathon disertainya adalah singkat. Malah, dia juga pantas kembali kepada anaknya yang bersendirian di dalam kereta.

“Saya hanya berlari 1.5 kilometer, kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia (anak) sedang tidur,”katanya.

Pengakuan tersebut dibuat selepas menerima banyak kecaman di kalangan warganet setelah bekas isterinya, Zhao berkongsi di media sosial.

Tegas Peng, bekas isterinya boleh memfailkan saman sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakannya meninggalkan anak di dalam kereta.

“Jika tidak berpuas hati dengan keputusan saya, maka dia boleh memfailkan saman terhadap saya dan mengambil semula anak kami yang dijaga oleh saya,”katanya.

Zhao yang tinggal di wilayah Hunan, China juga mendedahkan antara sebab mereka bercerai adalah dirinya tidak tahan dengan sikap bekas suaminya ‘obses dengan acara larian marathon’.

Zhao menyatakan anaknya tinggal bersama bekas suami sejak mereka bercerai dan tidak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dia hanya mengetahui perkara demikian selepas anak perempuannya bercerita mengenai kejadian tersebut.

Maklumnya, bekas suami membeli sarapan pagi dan meninggalkan telefon pintar untuk tujuan hiburan sebelum menguncinya di dalam kereta untuk menyertai acara maraton.